Passions

January 14th, 2008 by mamasyifa

Passion is deliberate, but passion is sure
passion is cure and reverses all falls
Passion is you meek, and willing to walk
passion is me battling through steel or rattan

Passion is me in your future and dreams,
passion is you in my waiting and running
Passion is knowing that time is not ours,
passion is knowing that our bodies must fall.

…controlled and yet uncontrollable passion soon withdraws to
submission…

Don’t steel my passions OK !..:)

Takbur..untuk renungan diri ini..

January 14th, 2008 by mamasyifa

"Ciri-ciri sifat takbur pula, ditandai dengan beberapa ciri: Antara lain ialah suka dipuji, pantang dikritik, kagum dengan pandangan sendiri, suka meremehkan pandangan orang lain dan sukar untuk menerima nasihat atau tunjuk ajar daripada orang lain. Imam Al-Ghazali merumuskan, bahawa seburuk-buruk sifat takbur ialah orang yang tidak mahu mengambil sesuatu manfaat daripada sesuatu ilmu pengetahuan serta tidak mahu tunduk kepada kebenaran, walaupun kebenaran tersebut telah terbukti."

"Apabila sifat tersebut timbul disudut hati kecil kita yang berkaitan dengan keturunan, kecantikan, kekayaan, keilmuan, kuasa dan pengaruh. Maka, sedar dan ingatlah bahawa bukan kita sahaja secara mutlak yang mempunyai keturunan, kecantikan, kekayaan, ilmu, kuasa dan pengaruh. Malah masih ramai lagi individu atau kumpulan lain yang memiliki taraf yang sama dengan kita atau malah melebihi kita dalam banyak perkara"

(Rujukan: Khutbah Jumaat Majlis Agama Islam Negeri Kedah)

~LIFE IS TOO SHORT~

Bukakanlah pintu hati ini untuk kesedaran dan keinsafan..

Cerita terbaru…newspaper distributor vs cleaner

September 22nd, 2007 by mamasyifa

salam n salam sejahtera buat semua !

hmm..da lama yea tak update blog ni, fotopages as well. Harap semua kawan2 sihat dan selamat menjalani ibadah puasa. Walaupun sekarang tgh ’summer holiday’, kebykan masa sy diisi dgn bermain dgn syifa az zahra dan juga memasak dan juga berjalan2..jalan rumah anis..rumah haris..hehe..Selalunya bila syifa da tido barula sy dapat concentrate mengadap pc ni. Kasi can abah die rest pulak bila sy cuti ni.

Sy ni memang fail bab2 nak buat karangan cerita ni. So harap kawan2 yg membaca tak tetido bile baca blog ni. ehem..ehem..harini nak cerita pasal profession terbaru sy sebagai newspaper distributor dan juga cleaner (kejap je..). Apa yg menarik nye tentang keje2 ni, dan apa pulak yg tak menariknye..ha..nila yg nak cerita ni.

Shopfloor Engineer…

Pengalaman yg amat berharga jugak bile sy dapat gantikan org utk keje sbg cleaner, walaupun cuma betahan selama 3hari shj..hehe..kenapa yea?? fuh..memang penat ghupenye keje cleaner ni yek..walaupun 3jam keje sehari tu rasa kejap je, tapi penatnye lebih 5jam ditambah pulak dgn kawasan yg nak dibersihkan tu punyela luas, nak kejar masa takle lebih 3jam dan jugak supervisor yg amatla cerewetnye..ekeke byknye alasan..(ni mesti kes tak biasa buat keje2 berat nih). Al maklumla..kene ganti org bulan2 pose ni kan,mulela create banyak alasan..Waktu keje sy pukul 9-12mlm..memang time syifa tgh tdo…tapi..kesiannye die, selalunye nak tdo, mesti nak landing atas perut mama die, tapi bile mama die keje, landing atas perut abah pon bolela..ehehe..iskh..tapi perut abah die tinggi sgtla, tak selesa kot..hehe..pada awlnya planning nak abiskan keje sebulan, tapi on the 3rd day, syifa dah pecahkan jug air n die terkene serpihan kaca sket, trusla sy decide utk berenti keje malamnye tu. Sian pulak tgk si kecik tu. Banyak jugak darah yg keluar walaupun lukanya lebih kurang 2cm. Nasib baik die nangis kejap je dan melompat2 balik macam kaki die tak luka..iskh..iskh..Syifa buat mama die terpana sebentar. Terasa bersalah pulak tinggalkan die malam2 utk pegi keje.

Bila dah ada experience macam ni, rasa2nya mungkin bertambahlah tahap kesedaran sivik sy ni utk tidak membuat kotoran yg melampau-lampau terutamanya kat tandas dan sbgnya :). Kesian tengok makcik pakcik cleaner nak bersihkan. Terbongkok sana, terbongkok sini, habuk, kotoran semua masuk mulut mata idung telinga, semualah..Kerje yg mudah dapat sakit (based on experience tau..hehe). BTW, selepas ni kalau dapat offer keje cleaner insyaAllah sy takkan tolak, cuma masa bekerjanya harap2 takla waktu malam.

Newspaper distributor..

Kerjaya ni sebenarnye sy dah start lbh krg sebulan yg lepas dan guess what, sy really enjoy dgn keje ni walaupun ada kons nye. Cite yg best dulula. Keje ni senang je, seminggu keje sehari je anta paper ke lbh krg 210 bijik rumah. Dan selalunye sy letak newspaper byk2 dlm push chair syifa yg gedabak beso tu, dan syifa pon kekdg ikut skali mama die anta paper. Happyla die dapat jalan2. Bile syifa nampak dog, die panggil kuat2.."bear2"..iskh2..Seronok bile keje dapat bwk anak skali. Anak depan mata, hati pon senang.

Tapi ape pulak yg kons nye. Hmm..paling malaih nak kluar rumah anta paper ialah pada hari yg sujuuukkkk, windy..dan sewaktu dgnnye. Tambahan pulak la ni da nak masuk autumn, memangla windy. Cemanala nak anta paper bile snow nnt yea..Kekadang tu pamplet2 abih melayang..tak kuasa nak kutip balik. Biar jela, buat muke innocent. Penah sekali tu baru nak masukkan paper dlm post box, tetba anjing tuan rumah tu bark depan pintu n ngap paper tu. Terkojut den! Nasib baik tak sakit jantung.

Begitulah ceritanya kawan2….agak2nya, kepada sesapa yg membaca blog ni bolela buat pilihan agak2nye mana satu pilihan keje yg anda pilih..ehehe..jgn pilih yg out of list pulak yea..hehe..bolela bg komen skali..

Begitula org kata fitrah kehidupan ni yea. Kekadang ada saje yg tak kene. Kita hanya mampu memilih, merancang, usaha dan tawakal, Allah SWT jua yg menentukannya..Semoga kita sama2 dapat memperbaiki kelemahan diri dari masa ke semasa..Wallahua’lam

mama kata saya dah setahun!

June 28th, 2007 by mamasyifa

assalamualaikum semua!

Nama saya Syifa Az Zahra. Harini mama kata die bagi saya tulis entry dalam blog mama sebab mama kata saya dah besar. Selalunye saya nak tolong mama buat assignment tapi mama tak bagi sebab mama kata saya kecik lagi. Semalam saya hepi sangat, mama kata semalam 28/06/07 hari jadi saya yang pertama. Sebelum ni saya tak penah celebrate besday, sebab tu saya hepi. Saya dah setahun dan saya dah pandai jalan. Saya jalan laju sampai kekadang ter lost control saya terjatuh. Bukan ape, saya tak reti nak balance badan saya lagi. Sekarang saya dah 10kg. Besar tak saya?!

Semalam saya heran kenapa mama bangun pagi2 dan busy sangat kat dapur. Nasib baik abah ada temankan saya tidur. Kalau tak mesti saya nangis nak mama temankan saya. Rupa2nye mama masak sesuatu untuk besday pertama saya. Mama masak macam2 untuk saya. Sukela saya dapat makan banyak2. Tapi abah kata nak makankan bahagian saya sebab abah kata kena tunggu saya besar sikit lagi baru saya bole makan sume makanan tu. Agaknye besday saya yang ke2 baru bole makan kot. Mama masak chocolate muffin, hawaiian pizza, pajeri nenas, ayam masak merah, buah melaka (onde2) dan goreng nugget dan fries untuk saya. Tapi saya cume makan muffin cokelat ngan cookies je, yang lain saya bagi abah abiskan.

Okela kawan2. Mama suruh saya pegi tido sebab dah malam. Mama kata lain kali saya bole tulis blog lagi. Seronoknye saya. TQ mama. Bye2..

~syifa az zahra~

http://syifaazzahra.fotopages.com/

Suara hati seorang mama..

April 30th, 2007 by mamasyifa

I dont know why all these days after becoming a ‘mother’, i get pleasant touch with stories of ibu bapa yg kematian/kehilangan anak, ibu bapa yg anak2nye sakit, anak2 kecil yg dibuang, diabaikan..etc.

Khazaren, aku harap ko dikurniakan kekuatan dan semangat yang tinggi utk menghadapi ujian Allah SWT ini. Aku dapat rasakan mcm mana perasaan kalau kehilangan anak yang kita sayangi. Moga anak yg solehah mampu membawa kita ke syurga.

Nisa, anak ko cemana sekarang? aku harap Amirah Damia dah kembali sihat n cergas. Aku n family doakan semoga amirah sihat. Semoga ko tabah hadapi ujian Allah SWT ini.

Sebagai ibu, aku pasti semua ibu2 akan tersentuh hati terutama melihat anak2 kecil di mana sahaja. Aku pun kekdg bila jalan2 ke kelas sorang2, bila terpandang ibu2 bawa anak masing, aku tringat si kecik aku sorg tu kat rumah..walaupun tinggal sekejap dah rindu..

Kelahiran seorg anak sebenarnya membawa erti kebahagiaan yg lebih besar bagi aku. Walaupun sebelum lahirnye Syifa Az Zahra, 3 malam aku dilinangi air mata menahan sakit contraction tanpa suami di sisi. Aku ditahan di wad untuk di induce sebab dah terlebih hari. Biasala hospital kerajaan mana boleh ada org teman mlm2. Hari ketiga water bag aku pecah n pukul 7 pagi aku di admit ke labour room. Pukul 6ptg aku masih belum bersalin. Dalam keadaan menggigil menahan sakit, aku panggil nurse bgtau aku dah tak tahan lagi nak menahan sakit ni. Barula nurse panggil doktor utk cek aku. Doktor minta aku push tapi macam takde ape pun yg berlaku. Bidan dtg n tgk condition aku. Sama gak, dia minta aku push. Dengan lemah longlai aku try gak push sekuat yg mungkin.  Blom ada good news yg aku terima. The 3rd doctor came n he done the same thing. Tolongla doktor..

Both doctors and the bidan discuss about a few minutes and i heard they called the specialist doctor asking about my condition. Finally they made up a decision to operate me as the condition of my baby is not  very good. Jantung baby aku makin lemah dan boleh membahayakan dia kalau tak cepat dikeluarkan. Actually, aku hanya tahu perkara ni selepas bersalin, mungkin sbb diorg taknak fikiran aku terganggu. Dalam keadaan masih sakit kontraksi aku diminta utk sain form n aku diusung ke operation room. Dalam perjalanan keluar dari labour room farid sempat pegang tgn aku, cuba sembunyikan keresahan hatinya dan minta aku banyak berdoa. Paling menyentuh hati aku bila nurse suruh aku minta ampun dan maaf pada suami dan ibu bapa ku. Mengalir air mata bila terkenangkan saat2 tu.

Alhamdulillah, keadaan di operation room cukup selesa. Baru aku terasa lega bila di bius separuh badan. Aku dapat rasakan doktor agak sukar utk keluarkan Syifa Az Zahra. Beberapa tolakan aku dapat rasa sampai ke paru2 dan jantung aku. Semoga Allah selamatkan anakku.

Alhamdulillah 6.16petang baby seberat 3.5kg selamat dilahirkan. Merah dan bulat mukanya.. Doktor kata keadaan kesihatannya juga memuaskan. Aku amat bersyukur dan hilang segala kesakitan yang aku alami sebelum ini.

Selepas bersalin, selain anak ku, aku terlalu ingin berjumpa dgn mama ku. Mama juga bersalinkan aku secara pembedahan selepas seminggu ditahan wad. Maafkan aku mama kerana telah membuatkan mama sakit. Terima kasih kerana menjaga ku selama ini. Tiada apa yg dapat membalas jasa2 seorg ibu kepada kita. Hanya doa yg dapat dipohon, semoga mama sentiasa dalam peliharaanNya..

Rindu kat mama..

a memorable day!

April 30th, 2007 by mamasyifa

last friday 27th April, aku bersiap-siap untuk ke kelas. That day will be a presentation day for our product development process subject. Sehari sebelum tu farid dapat call, dia kena g training untuk keje yang baru dia dapat. So kitorg tk sempat nak plan mana nak anta si kecik tu esok. And finally I make a decision utk bawak syifa sekali ke klas.

Farid pepagi dah kluar ke tempat keje. Presentation aku start pukul 9.30, and macam biasa pukul 9 baru aku bersiap utk keluar rumah. Baru nak kluar aku tringat yg stroller syifa ada dalam keta farid. Alamak..camana nak buat nih. Takkan nak dukung je.. Si kecik tu dah berat tu n aktif taknak dok diam. aku tringat yang aku ada jiran2 utk mintak tolong. Aku trus pegi rumah bilal n pinjam stroller anak dia. Luckily dia ada kat rumah n tak pegi mana2 sampai aku abis kelas katanya. Alhamdulillah.. 1 problem settled.

Sampai je kelas dah ramai org. On the way sampai ke kelas tu semua org tgk. Mungkin pelik tgk aku bwk baby dtg kelas. Aku rasa baik aku duduk kat luar je sampai turn group aku utk present baru masuk. Aku takdela kisah sgt pasal present tu sbb slide sume dah prepare n bukan aku yg kena present. Group member aku Libyan n Indian guy yg kena present. So sempatla bgtau fizah, kalau papehal penting baru bgtau aku. Kalau tak aku dok kat luar jela.

tetba fizah dtg bgtau sorg member group kitorg yg sepatutnye present tak dtg. Aku mintak Fizah or Pay Jun present tp diorg taknak. Fizah offer utk jaga syifa sementara aku prepare utk present. Fuh..napela jadi camni pulak.. anyway takpela, aku present!

So dlm masa singkat tu aku masuk kelas n prepare ape yg patut. Fizah jaga syifa kat luar. Kelam kabut jugak dibuatnye. Kalau aku tau aku kena present dari semlm aku bole prepare.huhu… Sampai turn our group kena present Fath n Sima tolong gantikan Fizah jaga Syifa. Akhirnya our group selamat present walaupun dalam keadaan kegeraman sbb our grup member sorg tu tak dtg..geramnye..dahla tak inform awl2…2nd problem settled..

Abis je present, aku cepat2 kluar cari syifa.. Alhamdulillah..dia tak nangis, baik je duduk dgn uncle2 dia..i felt sooo…..thakful to all my friend yang dah tolong aku jagakan syifa. Special thanks to fath..(paling lama jaga syifa), fizah, sima, vladimir and the rest. U all are really a great friend and great uncle n auntie too!! thanks guys!!

After my kelam kabut day, on the way back home, there come one of my classmate Zain ul, asking for my presentation slide.

"can u please forward your slide to my email. U have a very good presentation with a good slide, different from others.."

Wow..i could feel all the problems that day released…There’s somebody appreciate my job..Thanks friend..Something that i learn..really touch me…

and that day also..syifa know how to call me ‘Mama’…

What a beautiful day..

i miss a lot of things….

April 2nd, 2007 by mamasyifa

hello blog…maybe this is just a warm up blog i think..

aaaaarrrrrgh….teringinnye nk makan seafood, udang, sotong besar2…kerang sg lurus…Semalam, masa tgh jalan2 kat tesco ricoh ternampak kupang frozen. Adala dalam 20bijik kupang je dlm box tu..harganya 2pound. Terliur pulak tringin nak makan punye pasal beli jugakla. Balik rumah trus masak sambal kupang…nyam..nyam..sedap gak..heh..

i also miss my car, our house in parit raja. uwaaa….Nak balik….

Ya Allah..kuatkan semangatku untuk teruskan kehidupan di sini…amin..

Alhamdulillah..my husband n my lovely daughter always on my side…