Suara hati seorang mama..
Monday, April 30th, 2007I dont know why all these days after becoming a ‘mother’, i get pleasant touch with stories of ibu bapa yg kematian/kehilangan anak, ibu bapa yg anak2nye sakit, anak2 kecil yg dibuang, diabaikan..etc.
Khazaren, aku harap ko dikurniakan kekuatan dan semangat yang tinggi utk menghadapi ujian Allah SWT ini. Aku dapat rasakan mcm mana perasaan kalau kehilangan anak yang kita sayangi. Moga anak yg solehah mampu membawa kita ke syurga.
Nisa, anak ko cemana sekarang? aku harap Amirah Damia dah kembali sihat n cergas. Aku n family doakan semoga amirah sihat. Semoga ko tabah hadapi ujian Allah SWT ini.
Sebagai ibu, aku pasti semua ibu2 akan tersentuh hati terutama melihat anak2 kecil di mana sahaja. Aku pun kekdg bila jalan2 ke kelas sorang2, bila terpandang ibu2 bawa anak masing, aku tringat si kecik aku sorg tu kat rumah..walaupun tinggal sekejap dah rindu..
Kelahiran seorg anak sebenarnya membawa erti kebahagiaan yg lebih besar bagi aku. Walaupun sebelum lahirnye Syifa Az Zahra, 3 malam aku dilinangi air mata menahan sakit contraction tanpa suami di sisi. Aku ditahan di wad untuk di induce sebab dah terlebih hari. Biasala hospital kerajaan mana boleh ada org teman mlm2. Hari ketiga water bag aku pecah n pukul 7 pagi aku di admit ke labour room. Pukul 6ptg aku masih belum bersalin. Dalam keadaan menggigil menahan sakit, aku panggil nurse bgtau aku dah tak tahan lagi nak menahan sakit ni. Barula nurse panggil doktor utk cek aku. Doktor minta aku push tapi macam takde ape pun yg berlaku. Bidan dtg n tgk condition aku. Sama gak, dia minta aku push. Dengan lemah longlai aku try gak push sekuat yg mungkin. Blom ada good news yg aku terima. The 3rd doctor came n he done the same thing. Tolongla doktor..
Both doctors and the bidan discuss about a few minutes and i heard they called the specialist doctor asking about my condition. Finally they made up a decision to operate me as the condition of my baby is not very good. Jantung baby aku makin lemah dan boleh membahayakan dia kalau tak cepat dikeluarkan. Actually, aku hanya tahu perkara ni selepas bersalin, mungkin sbb diorg taknak fikiran aku terganggu. Dalam keadaan masih sakit kontraksi aku diminta utk sain form n aku diusung ke operation room. Dalam perjalanan keluar dari labour room farid sempat pegang tgn aku, cuba sembunyikan keresahan hatinya dan minta aku banyak berdoa. Paling menyentuh hati aku bila nurse suruh aku minta ampun dan maaf pada suami dan ibu bapa ku. Mengalir air mata bila terkenangkan saat2 tu.
Alhamdulillah, keadaan di operation room cukup selesa. Baru aku terasa lega bila di bius separuh badan. Aku dapat rasakan doktor agak sukar utk keluarkan Syifa Az Zahra. Beberapa tolakan aku dapat rasa sampai ke paru2 dan jantung aku. Semoga Allah selamatkan anakku.
Alhamdulillah 6.16petang baby seberat 3.5kg selamat dilahirkan. Merah dan bulat mukanya.. Doktor kata keadaan kesihatannya juga memuaskan. Aku amat bersyukur dan hilang segala kesakitan yang aku alami sebelum ini.
Selepas bersalin, selain anak ku, aku terlalu ingin berjumpa dgn mama ku. Mama juga bersalinkan aku secara pembedahan selepas seminggu ditahan wad. Maafkan aku mama kerana telah membuatkan mama sakit. Terima kasih kerana menjaga ku selama ini. Tiada apa yg dapat membalas jasa2 seorg ibu kepada kita. Hanya doa yg dapat dipohon, semoga mama sentiasa dalam peliharaanNya..
Rindu kat mama..