half hour for my blog..
February 5th, 2009 by mamasyifaSalam & hi everybody..
Hari ini saya tergerak hati untuk menulis sesuatu dalam blog ni setelah sekian lama menyepi. Sekarang, suasana di sekitar office saya agak sunyi sepi sebab semua kawan2 pegi solat Jumaat di masjid. Student pun x sibuk2 nak datang dan telefon pun tak kerap berdering. Its a suitable time to pamper myself. Kadang2 terfikir untuk pergi bercuti jauh dari tempat kerja tanpa memikirkan bebanan2 kerja. Saya nak pergi ke tepi pantai, tempat yang saujana mata memandang, tempat yg saya boleh duduk termenung, muhasabah diri, dapatkan ketenangan, bukan tpt2 shopping yg haru biru dengan manusia yg ramai. Itulah perasaan saya sekarang…Saya harap bulan 2-5 ni akan ada satu perubahan dalam kehidupan saya, especially kehidupan di tempat kerja sebab saya akan sibuk dengan aktiviti yang sangat saya suka.
SAZ, dah lama saya tak bercerita tentang anak perempuan saya sorang ni. SAZ sekarang dah banyak berubah dari segi fizikal, pemakanan, perwatakan, percakapan. Melihat kepada perubahan ini, saya terfikir untuk nak bagi dia ‘adik’, tapi belum ada rezeki lagi. Cuma satu je yg dia tak ubah, puting masih melekat di mulut. SAZ sangat suka tengok Ultraman. Kalau ada cerita tu di TV atau dipasang CD, dia takkan berganjak. Madagascar pun dia suka jugak, sebab ada banyak animals. Saya sangat bersyukur sebab SAZ ni tak banyak ragam dan tak kuat menangis. Cuma dia akan buat perangai kalau di serbu oleh org yg dia tak kenali atau nak dukung dia.
Ok, lah, untuk next entry, kalau takda masalah, saya akan post kan entry aktiviti yg saya sgt suka tu. Stay tune..chiow!
# ayat skema pulak entry hari ni. Mood saya tgh haru biru ni.


